KETURUNAN TOK HAJI SAID AKAN PUPUS DI BUMI PADANG LUMAT?

April 01, 2009 Rabu, April 01, 2009

Telah berkurun lama, keturunan Tok Haji Said menetap di Batu 16, Padang Lumat, Kedah. Dari satu generasi kepada satu generasi, ramai yang membesar dan memulakan kehidupan di bumi bertuah tu.

Di situ jugalah ia menjadi tempat berkumpul keluarga Tok Haji Said. Yang terbaru adalah program korban sempena Aidul Adha yang lalu.

Panas disangka sampai ke petang, rupanya hujan di tengahari. Tanah tempat 2 keluarga dirikan rumah di situ kini bakal menjadi satu sejarah kelak. Hal ni disebabkan tuan milik tanah tersebut sudah mengeluarkan larangan secara lisan untuk tidak mengubahsuai rumah yang didiami kini.

Maklumat terkini, Tok Ton ( Mak Cik Ton) telah pun mengemas barang untuk berpindah. Saya diberitahu keluarga Tok Ton akan berpindah ke sebuah rumah yang disewa di Bedong, Kedah.

Memang menyedihkan dengan apa yang terjadi. Tapi, apakan daya. Kita tidak mempunyai hak mutlak ke atas tanah tu. Suka atau tidak, kita terpaksa laluinya! Selepas ini, kita hanya akan dengar sejarah keturunan Haji Said sahaja yang pernah menetap di Batu 16, Padang Lumat. Tiada lagi Tok Ton di situ, tiada lagi Bang Chik di situ. Yang tinggal tapak rumah sahaja. Mungkinkah???!

0 ulasan:

Photobucket

SEPATAH DUA KATA

Kewujudan Blog Anak Cucu Tok Haji Said adalah rentetan idea untuk mengumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang selama ini bagaikan terputus. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan dikira sebagai amal jariah kita.

Sesungguhnya umat Islam itu adalah saudara.

Categories

Photobucket
Fresh Blogger Templates