SESAMA KITA : Ayah Mie-Peneroka Gigih

Januari 28, 2009 Rabu, Januari 28, 2009

Dalam kesempatan kali ni, penulis ingin memperkenalkan dengan salah seorang waris keturunan Tok Haji Said yang telah lama berkelana di bumi Pahang. Beliau yang dimaksudkan adalah En. Azmi bin Saari, iaitu anak kepada Allahyarhamah Azizah bt Haji Said ( Tok Teh Jah) hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham Saari (Pak Teh Saari).

Dulu, kini dan selamanya...Ayah Mie dan Mak Long Yah

En Azmi lebih dikenali dengan panggilan Ayah Mie dikalangan anak-anak saudaranya. Selain Ayah Mie, Tok Teh Jah juga dikurniakan dengan seorang lagi anak iaitu Maznah (Mak Su Ah) yang juga kini menetap di Pahang.

Ayah Mie telah berhijrah ke Pahang dari Kedah pada tahun 1980. Kira-kira 29 tahun yang lampau. Penghijrahan beliau ke Pahang kerana menerima tawaran sebagai seorang peneroka di Felda Rentam, Bera, Pahang.

Hasil perkongsian hidupnya dengan Sabariah (Mak Long Yah), beliau telah dikurniakan dengan 8 orang anak. Kebanyakkan anaknya kini telah besar dan 4 daripadanya telah mendirikan rumahtangga.

Ayah Mie boleh dianggap sebagai seorang yang gigih dan tabah dengan kehidupan yang dilaluinya sebagai seorang peneroka di Felda Rentam. Hasil keringat yang dicurahkan sejak menjejakkan kaki di bumi Pahang, kini beliau telah berjaya mengecap nikmat kejayaan sebagai seorang peneroka.

Besar...sebuah rumah yang dibina hasil pengorbanan seorang peneroka

Selain mengusahakan sebidang tanah seluas 10 ekar dengan tanaman sawit, beliau juga menternak kambing secara komersial. Dengan kemahiran bertukang yang dimilikinya, beliau berjaya membina sebuah rumah yang agak besar untuk keselesaan anak cucunya.

================================================================
Ada berita yang ingin dikongsi bersama? Hantarkan ke zuhairy_gq@yahoo.com.

0 ulasan:

Photobucket

SEPATAH DUA KATA

Kewujudan Blog Anak Cucu Tok Haji Said adalah rentetan idea untuk mengumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang selama ini bagaikan terputus. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan dikira sebagai amal jariah kita.

Sesungguhnya umat Islam itu adalah saudara.

Categories

Photobucket
Fresh Blogger Templates