YAYASAN HAJI SAID

Disember 13, 2008 Sabtu, Disember 13, 2008

Melalui sembang-sembang ketika majlis korban yang diadakan baru-baru ni, dikhabarkan secara tak langsung tentang pengisian dalam rancangan penubuhan satu kesatuan keluarga Haji Said. Salah satu agenda yang menarik perhatian adalah rancangan untuk menubuhkan satu dana atau foundation yang akan digunakan untuk tujuan kebajikan kepada semua ahli yang berdaftar. Penubuhan dana seperti ini merupakan satu langkah bijak kerana dengan kekuatan kewangan yang dimiliki dapatlah kita membantu sesama ahli.

Dengan kekuatan ekonomi ini juga, kita dapat merangka beberapa program untuk jangka masa pendek dan panjang. Contohnya bantuan untuk anak-anak ahli yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPT, khairat kematian dan sebagainya. Selain itu, kita juga dapat menggerakkan beberapa agenda lain yang berfaedah untuk dimanfaat kepada semua ahli.

Agenda korban juga tidak ketinggalan dari disenaraikan sebagai acara tahunan keluarga besar ini. Berdasarkan sambutan hangat yang diterima pada penganjuran kali pertama yang lalu, kata sepakat telah diputuskan untuk meneruskannya lagi pada edisi yang akan datang. Insyaallah, makluman tentang perkara ini akan diwar-warkan kemudian.

Salah satu kebaikan penubuhan kesatuan keluarga seperti ini adalah untuk meluaskan jaringan atau network sesama kita. Selain dapat saling kenal mengenali, mengeratkan hubungan, jaringan seperti ini juga dapat dijadikan sebagai satu jambatan untuk saling bantu-membantu. Contohnya, bantuan untuk mendapatkan peluang kerjaya sekiranya mencukupi syarat buat anak-anak ahli.

Pengalaman penulis mungkin boleh dijadikan iktibar buat semua. Sebelum melanjutkan pelajaran ke UTM Skudai, penulis sama sekali tidak tahu tentang adanya saudara yang bertugas sebagai pensyarah di Fakulti Mekanikal, iaitu suami kepada Mak Teh Yati ( anak Tok Ndak Hussien ). Maklumlah, tak pernah bersua muka sebelum ni. Sehinggalah penulis diberitahu oleh salah seorang saudara yang terdekat. Bermula dari situlah, penulis mula berkenalan dengan Mak Teh Yati, Pak Teh Safian dan anak-anaknya. Malu juga rasanya, tak pernah berjumpa dan mengenali mereka sebelum ni. Tiba-tiba datang memperkenalkan diri dan mengaku sebagai saudara yang mempunyai pertalian darah. Oh, Malunyerrrr! Tapi, itulah hakikatnya apabila hubungan kekeluargaan ini tidak dijalinkan sebaik mungkin.

Keluarga bahagia Pak Teh Safian dan Mak Teh Yati bersama anak-anaknya.

Oleh yang demikian, ayuhlah kita bersama-sama menjayakan penubuhan kesatuan keluarga Haji Said ini. Dengan kekuatan yang ada pada setiap individu, kita gabungkan agar ia menjadi satu ikatan yang kuat. Ibarat lidi penyapu yang disatukan dalam jumlah yang banyak, sudah barang tentu ia sukar untuk dipatahkan. Tak perlu kita mencari titik-tikit kelemahan kerana ia tak mendatangkan apa-apa faedah.

Insyaallah, perancangan akan diperhalusi lagi. Apa yang dinyatakan di sini adalah gambaran secara kasar sahaja. Langkah seterusnya akan diberitahu kemudian. Berdoalah agar ia menjadi kenyataan.

0 ulasan:

Photobucket

SEPATAH DUA KATA

Kewujudan Blog Anak Cucu Tok Haji Said adalah rentetan idea untuk mengumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang selama ini bagaikan terputus. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan dikira sebagai amal jariah kita.

Sesungguhnya umat Islam itu adalah saudara.

Categories

Photobucket
Fresh Blogger Templates