Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terima kasih atas kesudian mengunjungi Blog Anak Cucu Tok Haji Said. Semoga kunjungan kali ini bukanlah merupakan kali pertama dan terakhir. Diharapkan kepada semua agar rajin-rajinlah melayari blog yang tidak seberapa ni.
Blog ni diwujudkan dengan harapan untuk mengumpul seberapa ramai anak cucu Tok Haji Said dalam komuniti maya ini. Ia juga adalah rentetan daripada buah fikiran Tuan Haji Tajuddin Zain untuk menyatu-padukan seluruh keturunan Tok Haji Said. Bukan sahaja dalam alam maya seperti ini, malah secara realiti. Maka, blog seperti ini merupakan 'alat' untuk mencapai hasrat murni ini.
Dalam dunia yang serba canggih sekarang, blog seperti ini juga dapat memainkan peranan penting untuk mengeratkan hubungan sesama keluarga dan menyampaikan maklumat. Namun, secanggih mana teknologi, sehebat mana pemikiran, idea yang hebat seperti ini tak mungkin dapat dilaksanakan tanpa penglibatan semua. Maka, kesudian saudara-saudari melayari blog ini merupakan salah satu bentuk sokongan terhadap usaha yang murni ini.
Insyaallah, kandungan blog ini akan dikemaskini dari masa ke semasa. Ia akan memuatkan segala berita tentang ahli keluarga ini tak kira di mana juga mereka berada. Tak kiralah sama ada berita suka atau duka, ia akan dipaparkan untuk tatapan kita semua.
Pihak pengendali blog ini juga mengalu-alukan kepada sesiapa yang berminat untuk menyumbang sebarang berita dengan mendaftar sebagai 'penulis bersama' dalam blog ini. Caranya adalah dengan menghantarkan email kepada zuhairy_gq@yahoo.com dengan hanya menulis tajuk email 'penulis bersama'. Seterusnya saudara-saudari akan didaftarkan secara online sebagai penulis bersama. Dengan menjadi penulis bersama, saudara saudari akan mempunyai hak akses untuk menulis sebarang berita untuk dimuatkan ke dalam blog ini.
Buat masa sekarang, pelbagai agenda seperti aktiviti kebajikan, khairat dan lain-lain sedang dirancang. Kesemuanya ini masih diperingkat cadangan dan akan dilaksanakan secara berperingkat.
Besarlah harapan pihak jawatankuasa penaja Anak Cucu Tok Haji Said agar usaha ini mendapat komitmen daripada saudara mara semua demi menyambung kesinambungan Salasilah keluarga besar ini yang selama ini bagaikan terputus dek kerana pelbagai faktor.
0 ulasan:
Catat Ulasan