KORBAN 2008: Meriah Dalam Kesederhanaan

Disember 12, 2008 Jumaat, Disember 12, 2008

Alhamdulillah, syukur kehadrat Allah kerana program korban yang kita rancang setahun yang lalu berjaya dilaksanakan pada hari kedua sambutan Aidiladha. Majlis ni telah diadakan di Batu 16, Padang Lumat, Kedah- tanah tumpah keturunan Haji Said.

2 ekor lembu telah berjaya dikorban. Malangnya, penulis tidak dapat menyertakan gambar dalam artikel ini kerana handpone yang digunakan pada hari tu telah dijangkiti virus. Kesemua gambar yang diambil telah hilang begitu saja. Oh, sedihnyerrr! Jadi, kepada sesiapa yang mempunyai gambar semasa majlis tersebut, silalah hantar kepada penulis untuk dikongsi bersama. Gambar boleh dihantar melalui email iaitu zuhairy_gq@yahoo.com, atau melalui MMS ke nombor 019-91111050.

Secara keseluruhannya, majlis korban tersebut telah tercapai objektifnya. Bukanlah berapa banyak lembu yang berjaya ditumbangkan menjadi persoalan utama. Yang penting kita telah berjaya mengumpulkan ramai saudara-mara keturuanan Haji Said dalam satu agenda yang kita rancang bersama. Sehingga, ada yang tidak pernah jumpa sekian lama hadir dan dapat bertemu di situ. Memang meriah melihat pelbagai gelagat apabila sekali-sekala bertemu. Oh, manisnya saat tu!

Sesungguhnya, ini adalah permulaan yang baik ke arah penyatuan Keturunan Haji Said dalam satu wadah. Menurut penganjur program tersebut, acara ini akan dijadikan program tahunan setiap tahun. Apa yang diharapkan ialah penglibatan secara menyeluruh dari semua saudara-mara bagi memastikan hasrat murni seperti ini tercapai.

0 ulasan:

Photobucket

SEPATAH DUA KATA

Kewujudan Blog Anak Cucu Tok Haji Said adalah rentetan idea untuk mengumpul dan mengeratkan hubungan kekeluargaan yang selama ini bagaikan terputus. Semoga usaha murni ini akan membuahkan hasil dan dikira sebagai amal jariah kita.

Sesungguhnya umat Islam itu adalah saudara.

Categories

Photobucket
Fresh Blogger Templates